Menerusi pengumuman belanjawan Selangor 2023 oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, telah mengumumkan insentif yuran pendaftaran taska sebanyak RM 100 secara one-off akan diberikan bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah yang terdiri dari keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.
1. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang pintas.yawas.com.my
2. Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara;
3. Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor;
4. Anak berumur 4 tahun ke bawah;
5. Menetap di Selangor;
6. Ibu & Bapa sedang bekerja;
7. Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000
8. Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga;
9. Bukan penerima bantuan Asuh Pintar;
10. Taska dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
2. Salinan Daftar Pengundi Pemohon (MYSPR)
3. Penyata Gaji Pemohon & Pasangan / Akuan Pendapatan
4. Salinan Surat Beranak Anak
5. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat (sekiranya berkaitan)
6. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon (tertera nama & nombor akaun)
7. Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan tahun 2023
© Copyright YAWAS 2023 , All Right Reserved.